Kenapa game ni wujud
Kebanyakan orang belajar kenal scam dengan cara paling mahal: terkena dulu.
Shoppa bagi peluang terkena dalam game. SMS courier palsu, kod OTP, kedai baru dua hari dengan review lima bintang, diskaun yang harganya dinaikkan dulu. Kau buat keputusan, nampak akibatnya, dan tengok semula tanda bahaya yang terlepas.
Percuma ke?
Ya. Semua misi, kedai, scam, Mega Sale, Pasar Malam lawan AI dan Gudang Parcel percuma. Premium (RM10, sekali bayar) tambah kucing, wallpaper, lagu, Oyen Penyelia di Gudang, Syiling +20% dan bekalan harian. Kuasa PvP sama untuk semua.
Perlu daftar akaun?
Tak perlu. Buka dan terus main. Simpanan disimpan dalam pelayar kau sendiri.
Shoppa ni app sebenar ke?
Bukan. Game parodi. Semua kedai, courier, bank dan watak adalah rekaan. Tiada duit sebenar, dan game tak pernah minta maklumat bank atau kad kau.
Sesuai untuk anak?
Sesuai untuk remaja dan dewasa. Tiada kandungan lucah atau ganas. Bagus dimainkan bersama untuk berbincang tentang scam dan duit.
Boleh pasang macam app?
Boleh. Tekan butang "Pasang app" (Chrome atau Edge, di fon Android atau laptop). Di iPhone, buka dalam Safari, tekan butang Kongsi, kemudian "Tambah ke Skrin Utama". Lepas dipasang, game buka penuh skrin dan boleh dimain tanpa internet.
Main online dengan siapa?
Dengan pemain lain yang sedang cari lawan pada masa yang sama. Bila pemain tak cukup, kau dipadankan dengan pemain AI supaya tak perlu tunggu lama. Dalam pertarungan cuma ada emote.
Boleh chat dengan kawan?
Boleh, dalam Wasap. Mesej peribadi hanya dengan kawan yang kau terima, dan selepas match kau boleh buka profil lawan untuk tambah kawan. Ada juga Chat Awam Shoppa: ditapis kata kesat, 1 mesej setiap 8 saat, 40 sehari, mesej yang dilapor 3 orang disorok terus, dan boleh ditutup di Tetapan. Gambar profil hanya keluar selepas diluluskan admin. Pautan, nombor telefon dan @akaun disekat, ada butang Lapor dan Sekat, dan chat teks dibuka selepas Hari 3. Kau juga boleh bagi tin makanan kepada kucing kawan, beli dari kedai dia dan tukar stok.
Fon atau laptop?
Dua-dua. Di fon semuanya dalam satu telefon. Di laptop, setiap app buka dalam tetingkap sendiri.