Privasi dan terma
Ringkas dan jujur. Dikemas kini 5 November 2026.
Privasi
- Tiada akaun. Kau tak perlu daftar, log masuk atau beri e-mel untuk main.
- Simpanan game dalam pelayar kau. Kemajuan game (nama dalam game, duit maya, kedai, tetapan) disimpan dalam storan pelayar pada peranti kau.
- Statistik tanpa nama. Untuk baiki game, Shoppa hantar statistik ringkas ke pelayan kami (Supabase, Singapura): ID rawak yang dijana oleh pelayar, jenis peranti (fon atau laptop), masa main, hari dalam game, dan peristiwa seperti misi siap, scam dielak atau terkena, keputusan Pasar Malam dan Gudang. Tiada nama dalam game, e-mel, nombor telefon, lokasi atau isi chat dihantar.
- Boleh tutup. Tetapan > "Kongsi statistik tanpa nama". Bila ditutup, tiada apa-apa dihantar lagi.
- Main online. Bila kau main Gelanggang Raja atau Gudang online, nama kedai dalam game, kucing dan pilihan jurus dihantar terus kepada pemain lain dalam permainan yang sama. Tiada chat bertulis, cuma emote. Bila pemain tak cukup, kau mungkin dipadankan dengan pemain AI.
- Kawan dan chat. Bila kau guna Kawan Shoppa, nama dalam game, nama kedai, kucing dan gaya Almari dipaparkan kepada kawan kau. Mesej chat disimpan di pelayan selama 30 hari, kemudian dipadam. Mesej yang dilaporkan boleh dibaca oleh pasukan Shoppa untuk tindakan. Pautan, nombor telefon dan @akaun disekat.
- Chat awam. Mesej chat awam boleh dibaca oleh semua pemain dan disimpan 7 hari. Mesej ditapis, dihadkan dan boleh dilapor. Boleh ditutup di Tetapan.
- Gambar profil. Gambar dikecilkan kepada 96 x 96 piksel dan hanya dipaparkan selepas diluluskan admin. Kau boleh buang gambar bila-bila masa.
- Kedai pemain. Senarai stok Kedai Saya (nama barang, harga, jumlah stok) dipaparkan kepada pemain lain supaya mereka boleh beli atau tukar stok.
- Ranking. Nama dalam game (bukan nama sebenar, ditapis perkataan kasar) dan skor dipaparkan di Ranking.
- Maklum balas. Mesej yang kau hantar melalui borang maklum balas disimpan untuk dibaca oleh pasukan Shoppa. Cara hubungi (pilihan) hanya digunakan untuk membalas mesej kau.
- Nama dalam game bukan nama sebenar. Guna nama samaran pun boleh.
- Tiada iklan dan tiada penjejak iklan. Statistik hanya dilihat oleh pembangun Shoppa dan tak dijual atau dikongsi.
- Padam bila-bila masa. Tekan "Mula semula dengan tutorial" di laman utama, atau kosongkan data laman ni dalam tetapan pelayar.
- Mod tanpa internet. Bila game dipasang sebagai app, fail game disimpan dalam peranti supaya boleh dimain tanpa internet. Fail ni tak mengandungi maklumat peribadi.
Bila ciri online (ranking, kawan, Liga Pasar Malam, Gudang 4 pemain) dilancar nanti, halaman ni akan dikemas kini dahulu untuk terangkan apa yang disimpan dan kenapa.
Terma penggunaan
- Shoppa ialah game hiburan dan pendidikan. Semua duit, barang, kedai dan transaksi dalam game adalah maya. Tiada wang sebenar terlibat.
- Game tak akan sekali-kali minta nombor kad, maklumat bank, kata laluan atau kod OTP sebenar kau. Kalau ada sesiapa minta atas nama Shoppa, itu penipu.
- Game disediakan "seadanya" dalam versi uji. Simpanan boleh hilang jika data pelayar dikosongkan.
- Jangan salin semula game ni untuk dijual atau diterbitkan semula sebagai milik sendiri.
Penafian parodi
Shoppa ialah parodi. Semua kedai, courier, bank, platform, lagu dan watak adalah rekaan. Tiada kaitan dengan mana-mana syarikat, jenama atau individu sebenar. Sebarang persamaan nama adalah untuk lawak dan pengajaran sahaja.
Untuk ibu bapa dan guru
- Umur: sesuai untuk remaja 13 tahun ke atas dan dewasa. Kanak-kanak lebih kecil lebih seronok main bersama ibu bapa.
- Kandungan: tiada kandungan lucah, ganas atau perjudian. Tiada pembelian sebenar dan tiada chat dengan orang asing.
- Yang dipelajari: kenal SMS courier palsu, permintaan OTP, nombor baru mengaku keluarga, diskaun palsu; semak dulu sebelum bayar; bajet dan banding harga.
- Cadangan soalan bincang: "Apa tanda mesej tu palsu?", "Macam mana nak semak tanpa tekan pautan?", "Kenapa harga paling murah selalunya paling bahaya?"